Jerit Pekik Dot My TUNGGU SEKEJAP...

Penipuan Cyber:Apa Penyelesaian?

Posted on June 15, 2013

Terbaca  luahan daripada beberapa orang blogger yang telah ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.Pada mulanya  individu ini dikatakan menjanjikan hadiah yang tidak kurang hebatnya untuk kontest diblog blogger-blogger ini tetapi malangnya apabila diminta untuk menunaikan janji individu ini pula lesap.

Kesian aku lihat rakan-rakan blogger ini.Iyalah,nak kene pula menjawab dengan peserta yang telah menyertai kontest mereka itu.Tak pasal-pasal mereka pula nanti dituduh penipu.Harap empunya badan  akan tampil memberi penjelasan selepas ini dan bertanggungjawab atas apa yang tela dijanjikan.

penipu online,scammer

Itu kisah didunia blog,lain pula kisahnya di facebook.Baru-baru ini  kecoh di sebuah group yang  mana aku turut menjadi ahlinya.Kes ini pula lebih berat.Ada peniaga-peniaga di facebook yang menjalankan perniagaan mereka melalui facebook,telah digodam akaun facebook mereka.

Paling kasihan apabila ada yang mengadu digroup tersebut yang mana 100peratus income hariannya adalah melalui platform tersebut.Manusia-manusia janganlah jaanamkan periuk nasi orang.Tak takut seksa ke tuhan ke?

Persoalannya apakah penyelesaiannya untuk kes-kes sebegini.Setakat ini nampaknya belum ada lagi jalan yang betul-betul dapat membantu menyelesaikan kes sebegini.Apakah isu-isu ini akan terus berlarutan?Mungkin anda sendiri boleh menjawabnya.

p/s:seronok main hashtag kat fb..hhehe

Shelly Mcdonalid
info@jeritpekik.my