Jerit Pekik Dot My TUNGGU SEKEJAP...

Pendapatan Sampingan Dari Jomniaga

Alhamdulillah,ada lagi pendapatan sampingan dari blog walaupun mood blogging ke laut.Nuffnang?Komfem-komfem bukan,Anti betul aku sejak dua menjak dengan syarikat pengiklanan yang satu ni.Marah-marah tapi tak tukar jugak.Permohonon komli dah diterima dah tak tahu lagi nak pakai ke tak.Tengok lah kalau rasa nak tukar aku tukar..Nasiblah komisen jomniaga ni ada.Syukur, rezeki..

daftar jomniaga

Untuk komisen jomniaga ni aku dapat lepas bertukar wordpress. Ada pape ke rahsia wordpress ni?.Tak ade.Mungkin kebetulan.Plug-in jomniaga dekat wordpress  ni pun membantu jugak sebenarnya.Tengok dekat dashboard dia pun dah bertambah klik.Bagi aku untuk blogger memang sesuai untuk join profram affiliate ini untuk menambah pendapatan sampingan .

Tapi kene rajinlah buat review produk-produk atau ebook yang ada kat situ.Bukan tak boleh nak dapat komisen kalau letak je dekat blog ni.Tapi lambatlah,macam aku ni memang malas bab-bab review ni.Lagi satu kelebihan review ni kita boleh applykan sekali SEO untuk sesebuah entry kita tu dengan menggunakan target keyword yang sesuai dengan produk yang kita promosikan itu.Teknik ini memang sesuai untuk pemasaran affiliate ni sebab prospek yang jenis ini selalunya berkecenderungan tinggi untuk membeli produk yang kita promosikan .

Contoh kita membuat suatu review tentang e-book pelaburan hartanah tanah tanpa modal dan menjadikan keyword “pelaburan hartanah’ sebagai targeted keyword di entry kita.Entry untuk keyword itu pula berada di edudukan teratas search engine google.Jadi bagi yang ingin belajar tentang pelaburan hartanah menggunakan keyword yang kita telah targetkan pasti akan menjumpai entry kita dan membaca review yang telah kita buat.Mungkin tak semua yang akan membeli selepas membaca review  tersebut tapi pasti ada yang membeli..Tambah-tambah individu-individu yang kebiasaanya ingin belajar tentang pelaburan hartanah ini ialah orang yang sudah bekarjaya.Pastinya bukan satu masalah bagi mereka  untuk membeli satu e-book yang dapat membantu mereka untuk mendalami bidang tersebut.

Macamtulah penangan seo.Nampak mudah tapi payah sebenarnya mengaplikasikannya.Bolehlah cedok dari otai-otai seo ni seperti sis akma omar , bro onlajer , bro eyriqazz dan ramai lagi.Nak belajar affiliate pula rasanya bro titan lah paling sesuai dicari,ciktom pun banyak juga dia kongsikan tentang tips affiliate ni.

Untuk yang belum lagi mendaftar dengan program jomniaga ni bolehlah berbuat demikian.Kalau malas sangat tu letak je banner dekat blog.Kot-kot lah sangkut pembeli..

Daftar Jomniaga:http://bit.ly/18EF0QM

Sebelum tu rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat mengundi untuk semua rakyat Malaysia untuk pru13 esok,walaupun tempoh berkempen dah habis.Haha.Takpe takde nak menangkan mana-mana pihak dalam entry ni..Kalau dalam facebook tu banyak la kot..

Mana satu yang nak ditengok dulu,tuannya ke kek?

Aku baca dalam blog lain,boleh pulak dia tengok baju.Adess..

Anyway,Selamat Mengundi!!!

Shelly Mcdonalid
info@jeritpekik.my