Jerit Pekik Dot My TUNGGU SEKEJAP...

Mengorat Awek Lebih Berumur Trend Masa Kini?

Jangan ingat Zain saidin saja yang berminat dengan wanita lebih umur  atau nak sedap sikit ‘matang’ macam Rozita Che Wan tu, ramai lagi sebenarnya zaman sekarang ni. Nak tengok bukti di bawah ni aku tunjukkan.

Ramai pulak mencari keyword ‘mengorat awek yang lebih umur ‘. Dah menjadi trend ke di Malaysia ni? Ingatkan berlaku dalam kalangan artis je, orang awam pun ramai juga rupanya. Atau memang artis  yang mencari keyword ni.. kalau aku tahu siapa, sekarang jugak aku bagitau abang Nara.. hahaa


Persoalan kenapa lelaki-lelaki muda memilih wanita yang lebih umur daripada mereka sebagai teman hidup?
Jawapannya mungkin terletak pada diri masing-masing. Mungkin ada yang mengatakan faktor kematangan dan chemistry menjadi faktor utama mereka memilih wanita lebih berusia sebagai teman wanita atau isteri. Atau mungkin juga kegagalan lampau perhubungan mereka bersama wanita-wanita muda menjadi penyebab mereka berubah angin. Tambah-tambah kalau wanita tu Rozita Che Wan. Siapa boleh tahan ye dak?
Bahagiakah mereka selepas berkahwin? Selagi kedua-kedua pasangan bijak memainkan peranan masing-masing dalam rumah tangga rasanya tiada masalah untuk perkahwinan mereka berkekalan. Mungkin akan ada jurang dalam perhubungan mereka tapi sekiranya ditangani dengan baik pastinya kebahagian itu akan tetap hadir.

(ini aku tulis ikut pendapat je, yang ade pengalaman pasal hal ni bolehlah berkongsi  diruangan komen).

p/s: keyword apa pulak la nak masuk kat blog aku ni lepas ni..

Shelly Mcdonalid
info@jeritpekik.my