Jerit Pekik Dot My TUNGGU SEKEJAP...

Blogger Gila Cerita Panas

Dalam dunia blog ini memang tidak dapat dipisahkan blogger dengan traffiknya. Aku juga tidak terlepas daripada perkara ini,sibuk mengejar traffik sehingga lupa pada kualiti sesebuah penulisan itu. Memang tidak dinafikan cerita dunia hiburan tanah air adalah cara yang paling mudah untk menjana traffik. Cerita perkahwinan,gosip-gosip artis memang jalan terbaik untuk traffik harian yang mantap. Kadangkala sampai seminggu traffik membukit hanya dengan satu entry yang melibatkan dunia hiburan. Begitulah penangannya..

Tetapi harus kita ingat bukan semua boleh menjadi beautifulnara atau rotikaya Malaysia, jadi traffik akan datang dan pergi tanpa meninggalkan impak yang kuat untuk pembaca  datang kembali. Pernah juga aku menulis tentang ‘cerita panas’  dalam blog seperti entry ini dan ini . Ya memang hebat penangannya, aku hanya meletakkan gambar tanpa sebarang isi penerangan dan traffik datang berduyun-duyun masuk ke blog ini..

fatinliyana,fatinliyanacomel

Di sini   aku lihat ‘cerita panas’ ini sememangnya mampu untuk memberi kelegaan buat  blogger tetapi daripada segi penjenamaan blog ia bukanlah perkara yang terbaik untuk dilakukan. Beratus-ratus ribu blog ada di Malaysia, seharusnya kreativiti dalam menjenamakan blog perlu diutamakan. Kalau fatin liyana diingati  dengan trademarknya manakala bro ariffshah dengan kisah di moscownya dahulu, bagaimana pula dengan blog kita? Apa pula elemen yang mampu menarik pengunjung   untuk terus membaca setiap kisah yang kita bawakan? Tepuk dada tanya selera.
Pastinya masing-masing ada pendapat tersendiri berkaitan hal ini. Aku juga masih mencari identiti blog ini  sebenarnya, tidak mahu terus-terusan digelar blog ‘rojak’. Mungkin selepas ini akan ada niche untuk blog ini,masih difikirkan apa yang sesuai. Untuk semua blogger kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi naa..hehe

Shelly Mcdonalid
info@jeritpekik.my