Jerit Pekik Dot My TUNGGU SEKEJAP...

Cara Melihat Keyword Popular di Google

MONDAY, 14 JANUARY 2013

Lama dah aku nak buat entry pasal yang satu ni,sebab ada yang tanya
haritu.Tapi malas je rasa..Takpe sementara aku aku takde kelas ni aku
buat ye..

Untuk hari ni aku nak tunjukkan cara melihat keyword popular menggunakan
google.Abaikan sekejap yahoo atau bing.Lain search engine lainlah keyword
popularnya.Kenapa kita  perlu tumpukan pada google?sebabnya mudah dan
pasti korang dah sedia maklumkan..Google ni ialah search engine  paling popular
buat masa ni..Memang majoriti orang di dunia sekarang ini menggunakan google
sebagai search engine utama di laman maya ini.Dan aku pasti korang pun sama kan.

Ada dua cara sebenarnya untuk melihat keyword popular di google ini..

1)Google trends
2)Google Adwords keyword tool

Hari ini aku akan menumpukan kepada google trends kerana kebiasaannya
memang aku menggunakan aplikasi ini untuk melihat keyword-keyword
semasa..Takpe mungkin  lain masa aku akan menerangkan pula cara
menggunakan google adword keyword tool ni. 

Cara untuk melihat keyword popular di google trends bukanlah sesuatu
yang payah sebenarnya.Dan hari  ini aku tunjukkan step by step cara
untuk melihatnya..

1.Pergi ke google trends..

2.Klik ‘hot searches’ macam gambar dibawah ni..

cara+lihat+keyword+popular - Cara Melihat Keyword Popular di Google

3.Kemudian ‘explore trends’

cara - Cara Melihat Keyword Popular di Google

4.Dah sampai sini boleh pilih nak cari keyword popular untuk mingguan
,bulanan atau tahunan.Nak tengok tahun-tahun sebelum ni pun boleh.
Tukarkan worldwide tu jadi Malaysia..

keyword - Cara Melihat Keyword Popular di Google

Selesai sudah ..Boleh la pilih keyword yang tengah naik tu untuk
buat entry.Nak dapat traffik lebih mantap lagi,aku syorkan korang
pilih keyword dengan graf yang macam ini..

Untitled - Cara Melihat Keyword Popular di Google

Nampak tu memang tengah meletup keyword ‘himpunan kebangkitan
rakyat’.Kiranya kalau korang buat entry menggunakan keyword yang
graf  tengah menaik ni,kemungkinan untuk entry korang meletup kat
google ni memang tinggila..Lagi-lagi kalau tersenarai dekat page
pertama.Siapa tak nak kan traffik free dari google..

Antara entry aku minggu lepas yang dapat sambutan dengan
menggunakan google trends minggu lepas ialah INI.Dah
cecah 2000 pageview.Takde la banyak mana,kalau korang
pakai cara ini mesti lagi hebat punya..

p/S:harap korang paham lah ye penerangan aku ni..First time
kot buat entry acah-acah tutorial ni..hehe

Shelly Mcdonalid
info@jeritpekik.my