Jerit Pekik Dot My TUNGGU SEKEJAP...

Buat Duit Sambil Belajar

Buat duit sambil belajar? Semakin ramai pelajar terutamanya mahasiswa-mahasiswa di universiti kini yang mencuba nasib dalam mencari duit poket sendiri.Pelbagai medium sebenarnya yang boleh di cuba.Dan sebagai mahasiswa pastinya mereka perlu bijak dalam menyeimbangakan masa antara pekerjaan sampingan yang mereka lakukan dengan pelajaran mereka.Disini aku berminat untuk berkongsikan antara kerja-kerja yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan sampingan sebagai pelajar..

1-Buat duit dengan blog-Mungkin pada umumnya blog ini nampak seperti satu platform untuk popular atau berkongsikan cerita-cerita peribadi sahaja.Tapi jika kena pada tempat dan caranya blog mampu memberikan hasil yang sangat lumayan.Jika di lihat hampir setiap blog pasti akan ada meletakkan iklan dari syaraikat pengiklanan seperti nuffnang,komli atau advertlets.Dan itu bukan  hiasan semata-mata kerana dari situlah banyak blog berjaya menjana income.Namun bukan mudah untuk menjana income beribu-beriban macam blogger ini dan ini,pasti perlu kene dengan taktiknya.Disini aku syorkan blogger ini untuk korang belajar cara terbaik untuk menarik perhatian syrarikat pengiklanan.Lihat sahaja buffered earning yang diperolehnya dari nuffnang memang terbeliak mata kalau melihatnya..

2-Buat duit dengan hasil penulisan-mendapat informasi ini dari blog ciktom,siapa sangka hanya dengan menulis kita dapat menjana pendapatan secara tetap setiap bulan.Setiap satu artikel akan dibayar minimum RM 200 .Bukan satu jumlah yang sikit bukan.Banyak sebenarnya majalah-majalah yang membuka peluang kepada penulis luar untuk berkongsikan artikel mereka,untuk hal ini bolehlah explore diinternet.Bukan semua berbakat dalam bidang seperti ini tetapi tidak salah untuk kita mencuba nasib.Mungkin kita boleh mula mengasah bakat penulisan kita dengan dengan menulis di blog,lama kelamaan pastinya gaya penulisan kita bertambah baik.Atau boleh juga menggunakan dua cara di bawah ini..

-Buat Duit Dengan Menulis-37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea

3-Buat duit di laman sosial-Mungkin ramai belum tahu cara yang satu ini.Daripada duduk online fb,twitter atau google plus tanpa tujuan korang juga sebenarnya boleh menjana wang .Mungkin hasilnya tidaklah sebanyak mana tetapi sikit-sikit kumpul lama-lama banyaklah dia.Laman iklan seperti says dan churp-churp membolehkan pengguna yang share iklan di laman sosial atau blog mendapat habuan bagi setiap klik yang diperoleh.Kebiasaanya satu klik bernilai 20 sen atau  mungkin lebih bergantung kepada nilai yang ditetapkan bagi sesuatu iklan.

Terbaru ensurvey satu laman survey di Malaysia menawarkan ganjaran menarik bagi setiap pengguna yang menjwab survey yang diberikan mereka.Minumum bayaran yang akan diberikan bagi setiap survey adalah RM0.80.Yang penting jangan ketinggalan setiap update survey yang diberikan dan buaat secepat mungkin kerana setiap survey ada limitnya.Bagi yang terlambat tunggulah survey seterusnya..

Rasanya cukuplah tiga untuk entry kali ini sebelum meleret-leret panjangnya.Banyak lagi sebenarnya yang aku ingin kongsikan.Mungkin akan adanya bahagian kedua untuk entry ini kalau rajin.Untuk yang belum mencuba lagi ketiga-ketiga perkongsian aku di atas,bolehlah cuba.Mana tahu rezeki memihak kat korang..

RELATED POSTS:

This entry was posted in blogcara by jeritpekik. Bookmark the permalink.

Shelly Mcdonalid
info@jeritpekik.my